Saturday, August 21, 2010

Proses membuat keputusan yang rasional

Sungguhpun membuat keputusan nampak mudah, namun bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah terbaik, maka keputusan itu haruslah rasional. Ini bermakna keputusan yang diambil haruslah berasaskan fakta, hujah-hujah dan sebab munasabah. Oleh itu penilaian yang sistematik harus dibuat dalam keseluruhan proses membuat keputusan. Ringkasnya, membuat keputusan secara rasional dapat ditakrifkan sebagai satu proses yang sistematik dalam mendefinisikan masalah, menilai alternatif-alternatif dan memilih alternatif keputusan yang terbaik.

Jesteru itu, terdapat enam langkah atau proses yang perlu dilalui dalam usaha membuat keputusan yang rasional, iaitu;

  1. Mendefinisikan masalah
  2. Mengenal pasti kriteria keputusan
  3. Memberi pemberat setiap kriteria
  4. Menjana alternatif penyelesaian
  5. Menilai setiap alternatif
  6. Memilih keputusan optimum
Antara penjelasan bagi proses-proses tersebut ialah adalah seperti berikut:

Mendefinasikan Masalah
 Pada perigkat ini seseorang pengurus atau pembuat keputusan perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi, punca berlakunya masalah dan cara menyelesaikannya.


Mengenal Pasti Kriteria Keputusan
Setelah mengenal pasti masalah yang berlaku, langkah seterusnya dalam membuat keputusan yang rasional ialah membentuk kriteria-kriteria keputusan. 


Memberi Pemberat kepada Setiap Kriteria
 Satu kaedah yang biasa digunakan bagi tujuan ini ialah dengan membuat perbandingan relatif. Dalam kaedah ini setiap kriteria akan dibandingkan secara langsung antara satu sama lain.


Menjana Alternatif Penyelesaian
Langkah ini untuk membentuk alternatif-alternatif penyelesaian sebanyak yang mungkin. Semakin banyak alternatif yang dapat dijana, maka semakin baik prosesnya.


Menilai Setiap Alternatif
Pada peringkat ini, setiap alternatif akan dibandingkan dengan setiap kriteria keputusan, bagi menentukan setakat mana alternatif-alternatif tersebut dapat memenuhi kriteria keputusan yang telah ditetapkan.

Memilih keputusan yang Optimum
Langkah terakhir dalam proses membuat keputusan secara rasional ialah memilih alternatif penyelesaian yang terbaik. .

No comments:

Post a Comment