Friday, September 24, 2010

Prakata

Segala puji bagi Allah S.W.T dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabatnya, dan sekalian Muslimin dan Muslimat. Syukur kepada Allah S.W.T, kerana dengan keizinan-Nya blog ini dapat dihasilkan. Tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk memberi pendedahan tentang makna membuat keputusan, cara keputusan boleh dibuat, serta untuk menjelaskan serba sebanyak tentang membuat keputusan.

Membuat keputusan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan setiap individu.Proses ini juga dikenali sebagai satu sistem kehidupan manusia. Suatu keputusan perlu dibuat dalam apa jua keadaan. Dalam blog ini pembaca dapat memahami proses-proses membuat keputusan, jenis membuat keputusan, halangan membuat keputusan serta lain-lain lagi yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian seseorang untuk membuat keputusan.

Akhir kata, blog ini juga dapat beri manfaat kepada pembaca dan ilmu tentang membuat keputusan kepada semua golongan. Jesteru, saya memohon  kemaafan atas kesilapan dan kelemahan yang wujud. Sekian Terima Kasih.

Kata-kata Aluan

Segala puji-pujian untuk Allah S.W.T yang menguruskan segala perkara dengan tadbiran-Nya serta menghiaskan manusia dengan ilmunya supaya dengan itu berbezalah antara manusia dengan makhluk lain yang diciptakan Allah di alam ini.

Membuat keputusan merupakan suatu elemen yang memainkan peranan penting dalam semua individu. Ini kerana, untuk membuat suatu perkara atau menghasilkan suatu perkara, seseorang itu perlulah memikir dengan teliti untuk membuat keputusan. Setiap keputusan yang dibuat akan memberikan kesan-kesan tertentu, sama ada baik atau buruk.

Semua individu akan terlebih dahulu membuat keputusan untuk melaksanakan sesuatu perkara yang telah dirancang. Dalam hal ini, seseorang individu itu perlu membuat keputusan mengikut proses yang disediakan.Oleh itu, saya berharap ilmu yang diberikan menerusi blog ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca untuk membuat keputusan dengan baik.

Kelebihan dan Kelemahan Membuat keputusan Secara Berkumpulan

Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan dalam membuat keputusan secara berkumpulan.Antaranya ialah: 

Kelebihan:
  • Menawarkan pengalaman dan kepakaran daripada pelbagai kumpulan.
  • Lebih banyak maklumat, data dan fakta terkumpul.
  • Masalah dapat dilihat daripada pelbagai perspektif.
  • Meningkatkan kepuasan ahli.
  • Membentuk penerimaan dan komitmen ahli terhadap keputusan yang dibuat.
Kelemahan
  • Memakan masa yang panjang.
  • Perbincangan dikuasai oleh individu tertentu.
  • Terpaksa berkompromi.
  • Lebih mementingkan matlamat peribadi daripada matlamat kumpulan.
  • Tekanan untuk bersetuju dengan keputusan kumpulan.
  • Groupthink.

Monday, September 20, 2010

Percambahan Fikiran

Percambahan fikiran merupakan satu teknik yang sesuai untuk membuat keputusan bagi  menggalakkan penjanaan idea sebanyak mungkin tanpa sebarang kritikan. Secara am, semua ahli kumpulan akan mencadangkan atau menyumbangkan idea masing-masing mengikut giliran bagi mencari keputusan yang terbaik.

Pada peringkat awal semua idea sama ada yang baik atau kurang baik akan diterima tanpa dibuat penilaian untuk tujuan merangsangkan ahli-ahli dalam kelompok tersebut untuk menjana lebih banyak idea lagi.

Proses ini akan dibuat secara berterusan sehingga tiada lagi cadangan atau usul yang dibuat. Selepas semua idea atau buah fikiran dikumpulkan, barulah penilaian akan dibuat, Iaitu membincangkan kebaikan dan keburukan idea-idea tadi dan seterusnya akan membuat keputusan yang terbaik.


Certo, S. C. ( 2000). Modern Management (8TH ed. ) New Jersey: Prentice Hall

Sunday, September 19, 2010

Prinsip Komunikasi Dalam Membuat Keputusan

Terdapat tiga prinsip iaitu:

  • Melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang yang perlu mengambil bahagian dan bertukar-tukar maklumat dan penerima berkongsi tanggungjawab  untuk membenarkan maklumat sampai kepada penerima supaya keputusan dapat dibuat.
  • Tidak semestinya melalui percakapan, tetepi melalui pencetusan dan penginterpretasan makna yang dibuat oleh seseorang melalui pengamatan air muka, mimik muka, tindakan dan tingkah laku.  Ini berlakunya penghantaran mesej secara tidak sengaja dan mewujudkan satu keadaan untuk membuat keputusan.
  • Tidak dapat dikawal seperti perbezaan budaya.

Tuesday, August 31, 2010

Jenis Membuat keputusan

Membuat keputusan adalah suatu kemahiran yang dapat dipelajari oleh setiap orang atau individu. Terdapat dua jenis membuat keputusan yang asas iaitu:

  • Keputusan yang dapat dilakukan dengan menggunakan proses yang ditetepkan.
  • Keputusan yang berlaku secara tidak dirancangkan.

Keputusan yang bijak adalah keputusan yang dibuat melalui proses khusus. Ia diasaskan pada nilai dan persepsi pembuat keputusan serta melibatkan alternatif yang dipertimbangkan secara teliti dan berasaskan pilihan di sepanjang penilaian semula secara berkala berkenaan dengan keputusan yang diambil serta mengambil kira kesan yang bakal berlaku. Selain itu, kebanyakan keputusan melibatkan beberapa konflik ataupun rasa tidak puas hati. Bahagian yang dianggap sukar dalam membuat keputusan adalah mendapatkan penyelesaian yang hasilnya positif serta dapat diimbangi dengan risiko yang mungkin timbul. Mengetepikan keputusan selalunya kelihatan mudah. Namun, membuat keputusan sendiri dan menerima kesannya hanya satu cara bagi membolehkan kita mengawal masa dan mencipta kejayaan dalam kehidupan.


Williams, C . (2000).  Management. Ohio: South-Western Publishing

Sunday, August 22, 2010

Limitasi Dalam Membuat Keputusan Rasional

Secara umumnya, pembuatan keputusan akan menjadi lebih baik jika pengurus atau pembuat keputusan mengikut semua langkah atau prosedur membuat keputusan dengan teliti dan teratur. Walau bagaimanapun terdapat halangan-halangan yang kadang kala menyukarkan pembuat keputusan membuat kesemua langkah di atas dengan teliti.


Sekiranya, sumber kewangan adalah terhad, mungkin tidak semua alternatif penyelesaian dapat dipertimbangkan. Selain itu, limitasi masa juga merupakan satu halangan dalam membuat keputusan yang optimum. Ini akan menyekat pengurus untuk menilai kesemua alternatif penyelesaian yang ada. Kesemua limitasi ini menyukarkan pengurus atau pembuat keputusan untuk membuat keputusan yang optimum atau terbaik.

Secara khususnya, limitasi proses membuat keputusan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:

  1. Kesilapan Umum
  2. Kerasionalan Terbatas
  3. Persekitaran Berisiko