Sunday, August 22, 2010

Limitasi Dalam Membuat Keputusan Rasional

Secara umumnya, pembuatan keputusan akan menjadi lebih baik jika pengurus atau pembuat keputusan mengikut semua langkah atau prosedur membuat keputusan dengan teliti dan teratur. Walau bagaimanapun terdapat halangan-halangan yang kadang kala menyukarkan pembuat keputusan membuat kesemua langkah di atas dengan teliti.


Sekiranya, sumber kewangan adalah terhad, mungkin tidak semua alternatif penyelesaian dapat dipertimbangkan. Selain itu, limitasi masa juga merupakan satu halangan dalam membuat keputusan yang optimum. Ini akan menyekat pengurus untuk menilai kesemua alternatif penyelesaian yang ada. Kesemua limitasi ini menyukarkan pengurus atau pembuat keputusan untuk membuat keputusan yang optimum atau terbaik.

Secara khususnya, limitasi proses membuat keputusan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:

  1. Kesilapan Umum
  2. Kerasionalan Terbatas
  3. Persekitaran Berisiko

1 comment:

  1. 1. Tajuk blog tidak sesuai.
    2. Isi terlalu panjang, tidak akan dibaca orang yang mementingkan masa.
    3. Jangan mengambil bulat-bulat nota/bahan dari sumber lain.
    4. Lihat kesalahan ejaan.

    ReplyDelete