Friday, August 20, 2010

Pembuatan keputusan mengikut persekitaran

Mengikut pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian,pembuat keputusan akan memperolehi maklumat yang lengkap bagi membantunya membuat keputusan. Oleh itu seseorang individu itu dapat mengetahui dengan pasti apakah peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. Dengan mengetahui peristiwa yang akan berlaku, maka hasil yang dijana oleh setiap alternatif keputusan juga dapat ditentukan atau diketahui dengan pasti. Dengan itu, alternatif yang memberi hasil yang paling baik akan dipilih dan dilaksanakan.

Seterusnya, pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian.Dalam situasi ini pembuat keputusan tidak mempunyai sebarang maklumat untuk membantunya membuat keputusan. Oleh itu, ia tidak dapat mengetahui dengan pasti peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan, dan juga tidak dapat mengamal hasil daripada setiap alternatif keputusan. Oleh itu, pembuat keputusan terpaksa menggunakan pengalaman serta pertimbangan sendiri dalam membuat keputusan.

Mengikut pembuatan keputusan dalam keadaan risiko, kebanyakan pengurus atau pembuat keputusan sebenarnya beroperasi dalam keadaan ini. Mereka mempunyai maklumat, tapi maklumat tersebut tidak lengkap. Oleh itu mereke tidak tahu dengan pasti peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. Maklumat yang sedikit sekadar cukup untuk mengagak peristiwa yang akan berlaku. Sama ada peristiwa tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan. Lazimnya apa yang dibuat ialah mengagak peristiwa-peristiwa yang akan berlaku berdasarkan maklumat yang diperolehi serta memberi peratusan kebarangkalian akan berlakunya peristiwa tersebut.

No comments:

Post a Comment