Tuesday, August 31, 2010

Jenis Membuat keputusan

Membuat keputusan adalah suatu kemahiran yang dapat dipelajari oleh setiap orang atau individu. Terdapat dua jenis membuat keputusan yang asas iaitu:

  • Keputusan yang dapat dilakukan dengan menggunakan proses yang ditetepkan.
  • Keputusan yang berlaku secara tidak dirancangkan.

Keputusan yang bijak adalah keputusan yang dibuat melalui proses khusus. Ia diasaskan pada nilai dan persepsi pembuat keputusan serta melibatkan alternatif yang dipertimbangkan secara teliti dan berasaskan pilihan di sepanjang penilaian semula secara berkala berkenaan dengan keputusan yang diambil serta mengambil kira kesan yang bakal berlaku. Selain itu, kebanyakan keputusan melibatkan beberapa konflik ataupun rasa tidak puas hati. Bahagian yang dianggap sukar dalam membuat keputusan adalah mendapatkan penyelesaian yang hasilnya positif serta dapat diimbangi dengan risiko yang mungkin timbul. Mengetepikan keputusan selalunya kelihatan mudah. Namun, membuat keputusan sendiri dan menerima kesannya hanya satu cara bagi membolehkan kita mengawal masa dan mencipta kejayaan dalam kehidupan.


Williams, C . (2000).  Management. Ohio: South-Western Publishing

Sunday, August 22, 2010

Limitasi Dalam Membuat Keputusan Rasional

Secara umumnya, pembuatan keputusan akan menjadi lebih baik jika pengurus atau pembuat keputusan mengikut semua langkah atau prosedur membuat keputusan dengan teliti dan teratur. Walau bagaimanapun terdapat halangan-halangan yang kadang kala menyukarkan pembuat keputusan membuat kesemua langkah di atas dengan teliti.


Sekiranya, sumber kewangan adalah terhad, mungkin tidak semua alternatif penyelesaian dapat dipertimbangkan. Selain itu, limitasi masa juga merupakan satu halangan dalam membuat keputusan yang optimum. Ini akan menyekat pengurus untuk menilai kesemua alternatif penyelesaian yang ada. Kesemua limitasi ini menyukarkan pengurus atau pembuat keputusan untuk membuat keputusan yang optimum atau terbaik.

Secara khususnya, limitasi proses membuat keputusan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:

  1. Kesilapan Umum
  2. Kerasionalan Terbatas
  3. Persekitaran Berisiko

Saturday, August 21, 2010

Proses membuat keputusan yang rasional

Sungguhpun membuat keputusan nampak mudah, namun bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah terbaik, maka keputusan itu haruslah rasional. Ini bermakna keputusan yang diambil haruslah berasaskan fakta, hujah-hujah dan sebab munasabah. Oleh itu penilaian yang sistematik harus dibuat dalam keseluruhan proses membuat keputusan. Ringkasnya, membuat keputusan secara rasional dapat ditakrifkan sebagai satu proses yang sistematik dalam mendefinisikan masalah, menilai alternatif-alternatif dan memilih alternatif keputusan yang terbaik.

Jesteru itu, terdapat enam langkah atau proses yang perlu dilalui dalam usaha membuat keputusan yang rasional, iaitu;

  1. Mendefinisikan masalah
  2. Mengenal pasti kriteria keputusan
  3. Memberi pemberat setiap kriteria
  4. Menjana alternatif penyelesaian
  5. Menilai setiap alternatif
  6. Memilih keputusan optimum
Antara penjelasan bagi proses-proses tersebut ialah adalah seperti berikut:

Mendefinasikan Masalah
 Pada perigkat ini seseorang pengurus atau pembuat keputusan perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi, punca berlakunya masalah dan cara menyelesaikannya.


Mengenal Pasti Kriteria Keputusan
Setelah mengenal pasti masalah yang berlaku, langkah seterusnya dalam membuat keputusan yang rasional ialah membentuk kriteria-kriteria keputusan. 


Memberi Pemberat kepada Setiap Kriteria
 Satu kaedah yang biasa digunakan bagi tujuan ini ialah dengan membuat perbandingan relatif. Dalam kaedah ini setiap kriteria akan dibandingkan secara langsung antara satu sama lain.


Menjana Alternatif Penyelesaian
Langkah ini untuk membentuk alternatif-alternatif penyelesaian sebanyak yang mungkin. Semakin banyak alternatif yang dapat dijana, maka semakin baik prosesnya.


Menilai Setiap Alternatif
Pada peringkat ini, setiap alternatif akan dibandingkan dengan setiap kriteria keputusan, bagi menentukan setakat mana alternatif-alternatif tersebut dapat memenuhi kriteria keputusan yang telah ditetapkan.

Memilih keputusan yang Optimum
Langkah terakhir dalam proses membuat keputusan secara rasional ialah memilih alternatif penyelesaian yang terbaik. .

Friday, August 20, 2010

Pembuatan keputusan mengikut persekitaran

Mengikut pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian,pembuat keputusan akan memperolehi maklumat yang lengkap bagi membantunya membuat keputusan. Oleh itu seseorang individu itu dapat mengetahui dengan pasti apakah peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. Dengan mengetahui peristiwa yang akan berlaku, maka hasil yang dijana oleh setiap alternatif keputusan juga dapat ditentukan atau diketahui dengan pasti. Dengan itu, alternatif yang memberi hasil yang paling baik akan dipilih dan dilaksanakan.

Seterusnya, pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian.Dalam situasi ini pembuat keputusan tidak mempunyai sebarang maklumat untuk membantunya membuat keputusan. Oleh itu, ia tidak dapat mengetahui dengan pasti peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan, dan juga tidak dapat mengamal hasil daripada setiap alternatif keputusan. Oleh itu, pembuat keputusan terpaksa menggunakan pengalaman serta pertimbangan sendiri dalam membuat keputusan.

Mengikut pembuatan keputusan dalam keadaan risiko, kebanyakan pengurus atau pembuat keputusan sebenarnya beroperasi dalam keadaan ini. Mereka mempunyai maklumat, tapi maklumat tersebut tidak lengkap. Oleh itu mereke tidak tahu dengan pasti peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. Maklumat yang sedikit sekadar cukup untuk mengagak peristiwa yang akan berlaku. Sama ada peristiwa tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan. Lazimnya apa yang dibuat ialah mengagak peristiwa-peristiwa yang akan berlaku berdasarkan maklumat yang diperolehi serta memberi peratusan kebarangkalian akan berlakunya peristiwa tersebut.

Thursday, August 19, 2010

Persekitaran membuat keputusan

Sesuatu keputusan yang baik bukan sahaja dipengaruhi oleh pengalaman, kecekapan dan kemahiran pembuat keputusan, tetapi juga kecukupan dan kesahihan maklumat yang diperoleh berkenan persekitaran perniagaan. Maklumat yang dimaksudkan ini merujuk kepada maklumat yang dapat membantu kita membuat ramalan tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. Contohnya, adakah seseorang itu dapat meramal dengan jelas tenteng tindakan pesaing pada masa hadapan, atau apakah kadar faedah pada tahun hadapan, atau apakah perubahan perundingan yang akan berlaku pada maa hadapan dan sebagainya?Jika kita mendapat maklumat yang cukup, maka lebih mudah bagi seseorang ndividu itu membuat ramalan tentang peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. seterusnya, pembuatan keputusan akan memperolehi dan dapat membuat sesuatu keputusan itu dengan mudah dan tepat.

Secara umumnya terdapat tiga keadaan maklumat dalam proses membuat keputusan, sama ada maklumat yang diperoleh lengkap, tidak lengkap atau tiada maklumat langsung. Ini mewujudkan tiga pesekitaran atau keadaan pembuatan keputusan, iaitu :

  •   kepastian
  •   ketidakpastian
  •   berisiko

Wednesday, August 18, 2010

pengenalan kepada membuat keputusan

Dalam kebanyakan aspek pengurusan,pengurus memainkan watak yang penting untuk kepentingan organisasi yang diwujudkan dalam suatu persekitaran. Pengurus merupakan individu yang bertanggungjawab secara langsung untuk memastikan kerja dilaksanakan  melalui orang atau pekerja. Antara fungsi atau peranan pengurus adalah mentadbir,menyelaras sumber-sumber dengan cekap dan berkesan. Jesteru itu, salah satu tugas penting dalam melaksanakan fungsi pengurusan ialah pembuatan keputusan. Pembuatan keputusan boleh ditakrifkan sebagai proses mengenal pasti masalah yang wujud, menjana alternatif penyelesaian, memilih penyelesaian yang terbaik dan melaksanakan keputusan yang dibuat atau proses memilih satu penyelesaian daripada beberapa alternatif  yang ada.

Apabila membincangkan tentang pembuatan keputusan, satu lagi konsep penting yang perlu diambil kira adalah pembuatan keputusan yang rasional. Pembuatan keputusan rasional merujuk kepada pembuatan keputusan yang berasaskan fakta dan hujah merupakan keputusan yang terbaik. Namun, tidak semua pembuat keputusan boleh membuat keputusan yang rasional. Ini disebabkan limitasi-limitasi atau had yang wujud sama ada dalam persekitaran ataupun dalam diri pembuat keputusan itu sendiri.

Oleh itu, pembuat keputusan dalam sesebuah organisasi adalah pengurus. Dalam erti kata lain, pengurus atau pembuat keputusan dalam sesebuah organisasi merupakan individu atau pihak yang sama.Dalam proses perkembangan teknologi pada masa kini, persekitaran dalam sesebuah organisasi akan sentiasa berubah. Maka, pembuat keputusan haruslah membuat keputusan dengan bijak.

Proses dan Teori Membuat Keputusan

Pendekatan normatif adalah wawasan dan usaha yang dilakukan untuk memberikan nasihat untuk berapa banyak keputusan yang harus atau seharusnya menjadi asas kepada pembuat keputusan, model normatif mudah untuk diandaikan oleh pembuat keputusan.


Antara asasnya ialah mempunyai pengetahuan yang sedia dan asas yang sedia ada pada  pembuat keputusan. Oleh itu pembuat keputusan tersebut mempunyai kaedah alternatif lain untuk membuat keputusan lain berdasarkan pengetahuan yang sedia ada.


Hellriegel, D. Jackson, S. E. & Slocum, J. W (1998) Management, (8th ed), Ohio ITP