Tuesday, August 31, 2010

Jenis Membuat keputusan

Membuat keputusan adalah suatu kemahiran yang dapat dipelajari oleh setiap orang atau individu. Terdapat dua jenis membuat keputusan yang asas iaitu:

  • Keputusan yang dapat dilakukan dengan menggunakan proses yang ditetepkan.
  • Keputusan yang berlaku secara tidak dirancangkan.

Keputusan yang bijak adalah keputusan yang dibuat melalui proses khusus. Ia diasaskan pada nilai dan persepsi pembuat keputusan serta melibatkan alternatif yang dipertimbangkan secara teliti dan berasaskan pilihan di sepanjang penilaian semula secara berkala berkenaan dengan keputusan yang diambil serta mengambil kira kesan yang bakal berlaku. Selain itu, kebanyakan keputusan melibatkan beberapa konflik ataupun rasa tidak puas hati. Bahagian yang dianggap sukar dalam membuat keputusan adalah mendapatkan penyelesaian yang hasilnya positif serta dapat diimbangi dengan risiko yang mungkin timbul. Mengetepikan keputusan selalunya kelihatan mudah. Namun, membuat keputusan sendiri dan menerima kesannya hanya satu cara bagi membolehkan kita mengawal masa dan mencipta kejayaan dalam kehidupan.


Williams, C . (2000).  Management. Ohio: South-Western Publishing

No comments:

Post a Comment