Monday, September 20, 2010

Percambahan Fikiran

Percambahan fikiran merupakan satu teknik yang sesuai untuk membuat keputusan bagi  menggalakkan penjanaan idea sebanyak mungkin tanpa sebarang kritikan. Secara am, semua ahli kumpulan akan mencadangkan atau menyumbangkan idea masing-masing mengikut giliran bagi mencari keputusan yang terbaik.

Pada peringkat awal semua idea sama ada yang baik atau kurang baik akan diterima tanpa dibuat penilaian untuk tujuan merangsangkan ahli-ahli dalam kelompok tersebut untuk menjana lebih banyak idea lagi.

Proses ini akan dibuat secara berterusan sehingga tiada lagi cadangan atau usul yang dibuat. Selepas semua idea atau buah fikiran dikumpulkan, barulah penilaian akan dibuat, Iaitu membincangkan kebaikan dan keburukan idea-idea tadi dan seterusnya akan membuat keputusan yang terbaik.


Certo, S. C. ( 2000). Modern Management (8TH ed. ) New Jersey: Prentice Hall

No comments:

Post a Comment